π£π¨πππ¨ π£ππ‘ππ‘π, TargetNews.id 06 Mac 2024 β YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman telah hadir bagi mendengar taklimat oleh YDH SAC Puspanathan a/l Wiresingam,
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Pulau Pinang.
Selain itu, Majlis Perjumpaan Dan Amanat YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad Bersama Warga JPJKK Kontinjen Pulau Pinang dan Ahli Mesyuarat Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Se-Malaysia Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Serbaguna Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban.
Dalam majlis tersebut, YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad dalam ucapannya menekankan mengenai dua fokus utama yang telah digariskan oleh Ketua Polis Negara dalam usaha memastikan pasukan berada
di atas landasan yang betul dengan melaksanakan perkhidmatan PDRM bertunjangkan integriti dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan
ke arah kesejahteraan masyarakat. Warga JPJKK haruslah menerima nasihat dan teguran yang disampaikan ini secara positif dan sematkan dalam hati sanubari.
Serta tidak melupakan βbetulkan yang salah dan biasakan yang betulβ sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Seusai majlis tersebut, YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad bersama Pegawai-Pegawai Kanan JPJKK membuat Lawatan Kerja ke Pengkalan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu bagi mengelilingi
persiaran pantai Pulau Pinang serta mengadakan βCommunity Policingβ bersama penduduk di Pulau Aman, Seberang Perai Selatan selari dengan slogan βPolis Dan Masyarakat Berpisah Tiadaβ.
Turut hadir ialah YDH SAC Alina binti Saad, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman,
YDH SAC Puspanathan a/l Wiresingam, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Pegawai-pegawai Turus Kepolisan Komuniti,
Ketua-Ketua Bahagian JPJKK Kontinjen Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, dan warga JPJKK Kontinjen Pulau Pinang.
Reed