Home / Artikel / BERITA UTAMA / HUKRIM / INVESTIGASI / NEWS / POLRI

Rabu, 6 Maret 2024 - 22:59 WIB

TEMASYA SUKAN PIALA KPN: KONTINJEN BUKIT AMAN UNGGULI ACARA LUMBA BASIKAL

TEMASYA SUKAN PIALA KPN: KONTINJEN BUKIT AMAN UNGGULI ACARA LUMBA BASIKAL

TEMASYA SUKAN PIALA KPN: KONTINJEN BUKIT AMAN UNGGULI ACARA LUMBA BASIKAL

 

Johor Bahru, TargetNews.id 6 Mac 2024 – Pasukan lumba basikal Kontinjen Bukit Aman muncul juara keseluruhan bagi acara berbasikal dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara (KPN) Tahun 2024 yang berlangsung dekat Sunway Big Box, Sunway City, Iskandar Puteri, di sini.

Kontinjen Bukit Aman berjaya memungut 100 mata diikuti naib johan jatuh kepada Kontinjen Johor dengan perolehan mata sebanyak 73 manakala Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur memenangi tempat ketiga dengan 46 mata.

Sebanyak 15 pasukan lumba basikal dari seluruh kontinjen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai kejohanan kali ini yang melibatkan 592 atlet.

Baca juga  13 Anak Ikut Parade Tasmi Al Qur'an SD Mutu Tegal

Beberapa acara berbasikal dalam pelbagai kategori telah dipertandingkan sejak semalam yang melibatkan enam kategori iaitu Lebuhraya Individu dan Berpasukan selain tujuh kategori Ujian Masa serta Kriterium yang diadakan pada hari ini.

Piala kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu dengan diiringi timbalannya, DCP Afandi Senin dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kontinjen Johor merangkap Pengelola Berbasikal PDRM, ACP Mohd Zairi Badderul @ Badrul dalam acara penutup yang berlangsung penuh gilang-gemilang di lokasi yang sama acara dijalankan.

Baca juga  Bupati Umi Azizah Minta Kades Aktif Perbaharui Data Warga Miskin

Hadir sama, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Johor, Ketua Polis Daerah (KPD) Batu Pahat, ACP Ismail Dollah, KPD Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City, Encik Gerard Soosay.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri..reed

Share :

Baca Juga

BERITA UTAMA

Kanit Samapta Polsek Maliku melaksanakan pergelaran Patroli Maja

Artikel

Kasatlantas Polrestabes Surabaya AKBP Galih Bayu Raditya Resmi Dilantik Dari Ditpolair Polda Jatim

BERITA UTAMA

Danlanudal Tanjungpinang Hadiri Tabligh Akbar Hari Jadi ke -22 Kota Otonom Tanjungpinang

BERITA UTAMA

Polsek Sabangau Bantu Bersihkan Parit

Artikel

Antisipasi Arus Balik Mudik Kedua Polres Kediri Tingkatkan Patroli Rutin Obyek Vital

Artikel

Plh Danramil 08/Alian Bersama Pemdes Seliling Gelar Rapat Pengadaan Barang dan Jasa

BERITA UTAMA

Babinsa Koramil 15/Klirong Karya Bakti Bersama Warga Bukti Kemanunggalan TNI-Rakyat

Artikel

Polres Nganjuk Optimalkan KRYD Sebulan Tahapan Kampanye Pilkada 2024 Berjalan Kondusif