DSA & NATSEC ASIA 2024: KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EMPAT DELEGASI PASUKAN POLIS LUAR NEGARA

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EMPAT DELEGASI PASUKAN POLIS LUAR NEGARA

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EMPAT DELEGASI PASUKAN POLIS LUAR NEGARA

 

Kuala Lumpur, 6 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada empat delegasi Pasukan Polis luar negara sempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 bertempat di Bilik Kunjungan Hormat KPN, Tingkat 3 dekat Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Kunjungan hormat pertama tadi daripada delegasi Brunei yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Pasukan (PJP) Polis Diraja Brunei (PPDB), Dato’ Seri Pahlawan Awang Sulaiman Alidin bersama delegasi iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB, ACP Hj. Azree Hj. Abd Manaf dan Pegawai Pejabat Urus Setia PJP, PPDB, Inspektor Asnan Hj. Adnan.

Beliau kemudiannya menerima kunjungan hormat dari delegasi Maldives yang diketuai oleh Commissioner of Police, H.E. Ali Shujau, Head of Drug Enforcement, Chief Superintendan of Police, ACP Ahmad Shakir dan Head of Executive Services, Inspector of Police Ali Shazlee.

Baca juga  Babinsa dan Bhabinkamtibmas Barabai Gandeng Warga Bersihkan Lingkungan

Seusai menerima kunjungan hormat tersebut, Tan Sri Razarudin berkesempatan meluangkan masa mengunjungi Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Hj. Nordin Hj. Muhamad dan melawat beberapa reruai pameran yang turut mengambil bahagian, antaranya Cendana Auto Sdn. Bhd., Glock Perfection, Leonardo Technology, Beretta Defense Technologies serta beberapa pameran korporat lain.

Di sebelah petangnya pula, Tan Sri Razarudin menerima kunjungan daripada delegasi Oman yang diketuai oleh The Sultanate of Oman’s Ambassador to Malaysia, H.E Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi, Commander of The Al Dakhiliyah Governorate Police, Head of The Royal Oman Police, Brigadies General Khalaf Al Alawi dan Head of Narcotics Royal Oman Police, Colonel Saeed Salem Almawali.

Baca juga  Pimpin Rakernis, Kadiv Humas Minta Jajaran Jaga Kepercayaan Masyarakat ke Polri

Seterusnya kunjungan hormat daripada delegasi Türkiye, yang diketuai oleh Head of The Foreign Relations Department, First Degree Chief Superintendent Gökhan Demirtola, Head of The Interpol, First Degree Chief Superintendent Mustafa Serkan Sabanca dan Head Of Section, Third Gradechief Halil Ibrahim Özler.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Khaw Kok Chin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Share :

Baca Juga

Uncategorized

Satlantas Polresta Palangka Raya Hadir Di Tengah Masyarakat Melalui Pengaturan Arus Lalin

BERITA UTAMA

Babinsa Koramil 15/Klirong Dampingi Kegiatan Posyandu Balita Di Desa Binaan

Artikel

Nekat Terobos Rambu demi Potong Rute, Puluhan Pengendara Terjaring Operasi Patuh 2025 di Nganjuk

Artikel

Danrem 071 bagikan Sembako untuk Kesejateraan Anggotanya.

Artikel

TMMD ke-124 Kodim 1002/HST Genjot Rehab Rumah Ibadah Langgar Darussalam

Uncategorized

Menggunakan Spanduk Larangan Karhutla Upaya Cegah Karhutla Oleh Personil Polsek Maliku

BERITA UTAMA

SAMBANG KE SEKOLAH DASAR BHABINKAMTIBMAS KOORDINASI TENTANG PERMASALAHAN SISWA

Artikel

TUK Metro Talenta Siapkan Pelaksanaan SKW di Padang, Mairizal Pastikan Kualitas Wartawan Sumbar Meningkat