Home / BERITA UTAMA / DAERAH / INVESTIGASI / POLRI / TargetNews.id

Jumat, 27 Oktober 2023 - 04:10 WIB

KPN DAN ISTERI HADIR MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA MEMULIAKAN MESYUARAT MRR KE-262

FOTO : MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA MEMULIAKAN MESYUARAT MRR KE-262

FOTO : MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA MEMULIAKAN MESYUARAT MRR KE-262

 

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menghadiri Majlis Santapan Malam yang diadakan di Istana Negara, di sini, malam tadi.

Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Baca juga  Mabes Polri Ucapkan Selamat Hari Statistik Nasional ke-64

Majlis tersebut diadakan bersempena memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-262 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, 25 Oktober 2023. Sementara itu, Mesyuarat MRR Ke-263 (Khas) akan diadakan pada Jumaat nanti.

Baca juga  Babinsa Koramil 1612-02/Komodo Dampingi Pencegahan DBD dan Malaria di Dusun Terang Dua

Turut berangkat di majlis santapan ialah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Permaisuri, Pemangku-pemangku Raja serta Tuan-tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri-negeri bersama pasangan masing-masing.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, barisan Menteri Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin.

Share :

Baca Juga

BERITA UTAMA

Selama Ramadhan, Polsek Pahandut Rutin Patroli di Pasar Besar

Artikel

Kapolres Sumenep Ucapkan Selamat Harlah ke-71 Ikatan Pelajar Nahdlatul Ulama: Sinergi Pemuda dan Kepolisian untuk Bangsa

BERITA UTAMA

Polresta Malang Kota Buka Layanan Balik Mudik Gratis Tujuan Semarang – Jakarta

Artikel

Jelang HUT Ke-78 TNI, 367 Prajurit Wijayakusuma Dapat Kenaikan Pangkat

BERITA UTAMA

Berhasil Raih Juara Kampung Bebas Narkoba Kapolres Pulang Pisau Berikan Penghargaan Kepada Satnarkoba Polres Pulpis dan Desa Mentaren 2

Artikel

Babinsa Koramil 09/Kutowinangun Kenalkan Profesi TNI Pada Anak Paud

Artikel

Personel Polsek Kahayan Kuala sambangi warga dan Memberikan himbauan Tentang Larangan Membakar hutan dan lahan.

Artikel

Iptu Muhammad Ari Nuzul Aulia, Resmi Jabat Kapolsek Ketapang Polres Sampang