Shah Alam, 26 Oktober 2023 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, CP Dato’ Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf telah membuat Kunjungan Hormat keatas CP Dato’ Hussein bin Omar Khan, Ketua Polis Selangor di Bilik Tetamu Ketua Polis Selangor, hari ini.
Seusai Kunjungan Hormat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman membuat lawatan kerja ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor di Menara 1, Tingkat 2, IPK Selangor untuk memberikan amanat sempena siri lawatan kerja beliau.
Hadir sama, DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Siti Dalila binti Mohd Yasin, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Azman bin Ali, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Supt. Azahar bin Abu Bakar, Penolong Ketua Urusetia (Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Supt. Yap Huan Tian, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindikit / Siber) Selangor dan Supt. Lim Chee Wah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Jenayah Korporat / Kewangan) Selangor.

Foto : KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA DARIPADA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL BUKIT AMAN