Kota Kinabalu, TARGETNEWS.ID 30 Oktober 2023 (Isnin) Pengarah Pengurusan Jabatan Pengurusan PDRM, YDH CP Dato’ Sri Azmi Bin Abu Kassim telah mengadakan kunjungan hormat
ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, YDH CP Datuk Jauteh Bin Dikun bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Polis Sabah, hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah sempena Mesyuarat Akaun Amanah Institusi-Institusi Latihan PDRM Bil. 2/2023 serta lawatan kerja rasmi beliau di Kontinjen Sabah.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Latihan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), YDH CP Dato’ Nerita Binti Yaacob, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH DCP Datuk Shahurinain bin Jais,
Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH DCP Dato’ Pahlawan Anuar Bin Othman serta Ketua Jabatan Pengurusan Sabah, YDH SAC Tuan Nik Md Zain bin Nik Omar.
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRMSABAH
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada