Pasukan Ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya menamatkan kemarau 32 tahun apabila menjadi juara Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi ke-39 Tahun 2023
selepas menewaskan pasukan Putrajaya dengan keputusan 29-22 dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh, petang tadi.
Bagi seluruh warga Pasukan, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas sejarah yang tercipta. Semoga kejayaan yang dikecapi menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk terus cemerlang pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah Pasukan Ragbi PDRM!