PUTRAJAYA, 8 Disember 2023 – Sesi Penyerahan Buku Garis Panduan Pematuhan dan Penguatkuasaan Perintah Pengawasan Polis serta Syarat-Syarat Sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 [Akta 297] kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu pihak PDRM melaksanakan penguatkuasaan dan pematuhan Perintah Pengawasan Polis yang diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).
Penyerahan ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Ruji bin Hj Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada wakil PDRM, YDH CP Dato’ Seri Sahabudin bin Abdul Manan, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, PDRM di Bilik Mesyuarat Perkasa, Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri.
Turut hadir, semua Ketua Pengarah Jabatan dan Setiausaha Bahagian, Kementerian Dalam Negeri.
#KeselamatanTanggungjawabBersama #MalaysiaMadani #KementerianDalamNegeri #kdnmadani