Bukit Aman, 1 Disember 2023 (Jumaat) – Latihan Simulasi Pertahanan Pangkalan yang dianjurkan
ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kesiapsiagaan anggota pengawal Kem Komandan dan anggota PGA dalam menjaga keselamatan perimeter Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Disebalik latihan ini, ianya juga dapat menguji keberkesanan sistem-sistem keselamatan yang sedia ada seperti loceng gemparan am,
anti ramp, palang keselamatan serta lain-lain yang berkaitan dengan sistem keselamatan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Selain daripada kedua-dua elemen di atas yang menjaga keselamatan Bukit Aman, peranan Unit Tindakhas juga sangat penting dalam memastikan
keselamatan pucuk pimpinan serta menjurus juga dalam membantu pertahan pangkalan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Objektif latihan ini juga dapat memberi pendedahan dan gambaran situasi sebenar untuk menangani sebarang ancaman yang berlaku.

LATIHAN SIMULASI PERTAHANAN PANGKALAN DARI ANCAMAN DAN SERANGAN BUKIT AMAN