DSA & NATSEC ASIA 2024: KPN BERSAMA TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DI MITEC

KPN BERSAMA TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DI MITEC

KPN BERSAMA TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DI MITEC

 

Kuala Lumpur, 6 Mei 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Pembukaan Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan diringi Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Baca juga  Satgas TMMD Kejar Target, Pasang Dek MCK Sekolahan

DSA dan NATSEC Asia 2024 membuka tirai hari ini dengan menyaksikan penyertaan lebih 1,324 syarikat dari 60 buah negara yang mempamerkan teknologi pertahanan dan keselamatan masing-masing.

Bertemakan ‘Membina Ketahanan Negara Untuk Generasi Masa Hadapan’, pameran tersebut akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis ini dan ianya sememangnya dinanti-nantikan oleh penggiat industri pertahanan serta keselamatan antarabangsa.

Pameran DSA dan NATSEC 2024 pada kali ini dijangka melibatkan lebih 50,000 pelawat dari dalam dan luar negara yang membabitkan pakar industri pertahanan, keselamatan, pempamer, delegasi kenamaan, kakitangan kerajaan, peneraju industri serta wakil media dalam dan luar negara.

Baca juga  Bhabinkamtibmas berdialog dengan warga desa sanggang secara langsung

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Pengerusi DSA Exhibition and Conference Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin, barisan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

Share :

Baca Juga

Artikel

Dansatgas TMMD Ke 119 Regtas Kodim 1208/Sambas Tinjau Pengerjaan Musholla Di Desa Mekar Jaya

Uncategorized

Wujud Sinergitas, Satsamapta Polresta Sambangi Lapas Palangka Raya

Uncategorized

Dari Kita Untuk Kita, Pererat Kebersamaan dan Soliditas Satuan

Artikel

Dengan Didampingi Piket Fungsi, Kanit III SPKT Polresta Palangka Raya Periksa 34 Tahanan

Artikel

Sampaikan Isi Maklumat Kapolda Kalteng Sasar Penumpang Fery

Artikel

Sabung Ayam Merasa Kebal Hukum, Tapi Kebal Uang Nya Polres Pura Pura Tak Tau

Artikel

Personel Polsek Kahayan Kuala sambangi warga dan Memberikan himbauan Tentang Larangan Membakar hutan dan lahan

Artikel

Personel Polsek Kahayan Kuala menyampaikan pesan Kamtibmas, dan Himbauan kamtibmas dan mendukung Program pemeeintah terkait ketahanan pangan