Kuala Kangsar, TargetNews.id ,17 Mac 2024 – Satu Sidang Media oleh YDH Dato’ Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berkaitan kejayaan JSJN menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methamphetamine melalui serbuan yang dijalankan di sekitar Kuala Kangsar Perak.
Dalam serbuan ini, pihak polis telah berjaya menahan (2) lelaki Melayu berumur 31 dan 33 tahun serta merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 51,501 gram yang dianggarkan bernilai RM2.57 juta.
Sindiket ini dipercayai mendapatkan bekalan dadah di negeri sebelah utara dan menggunakan kereta untuk menyeludup dadah ke pasaran Negeri Perak.
Pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Merdeces BENZ yang dianggarkan bernilai RM53,000.00.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan kedua-dua suspek direman selama (7) hari bagi membantu siasatan.
JSJN berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222
Redaksi