Home / Artikel / BERITA UTAMA / HUKRIM / INVESTIGASI / POLRI / Tag

Rabu, 6 Maret 2024 - 22:55 WIB

KPN TERUSKAN LAWATAN KERJA KE MTCC DAN NECC DI LANCHANG

KPN TERUSKAN LAWATAN KERJA KE MTCC DAN NECC DI LANCHANG

KPN TERUSKAN LAWATAN KERJA KE MTCC DAN NECC DI LANCHANG

 

Temerloh, TargetNews.id 6 Mac 2024 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan sesi lawatan kerja beliau ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC), di Lanchang, hari ini.

Kehadiran beliau bersama isteri, Puan Sri Zainah Othman di Institut Biodiversiti (IBD) Lanchang bertujuan mengetahui dengan lebih jelas usaha konservasi hidupan liar termasuklah Harimau Malaya, Beruang Matahari, Tapir dan Seladang yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan, rampasan dan penyerahan di Semenanjung Malaysia yang dilaksanakan oleh pihak National Wildlife Rescue Centre serta proses pembiakan serta meliarkan semula haiwan berkenaan sebelum dilepaskan ke habitat asal yang dilaksanakan oleh pihak MTCC.

Ketika berucap, Tan Sri Razarudin menjelaskan bahawa tanggungjawab yang digalas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bukanlah suatu perkara yang mudah. Dalam melaksanakannya pihak penguatkuasaan perlu berusaha secara “in-advance” untuk menumpaskan sindiket jenayah ini.

Baca juga  Polres Nganjuk Gelar Silaturahmi Kamtibmas

“Justeru, pewujudan Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) merupakan satu lagi komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menzahirkan usaha menangani jenayah hidupan liar dan melindungi khazanah negara.

“PDRM melalui WCB/PSK sentiasa bersedia memberi komitmen dalam menyumbangkan kepakaran serta kemahiran yang dimiliki secara berkolaborasi. Kerjasama melibatkan pasukan sahabat yang lain bagi membanteras jenayah hidupan liar akan dipertingkatkan dalam usaha memelihara dan menyelamatkan khazanah negara,” ujar beliau lagi.

Beliau kemudiannya mendengar taklimat berkenaan pembiakan baka Harimau Malaya dan usaha-usaha konservasi hidupan liar yang disampaikan oleh Pengarah IBD Lanchang, Encik Hj. Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif, Ketua Pusat MTCC, Encik Saat Yaakob dan Ketua Pusat NECC, Encik Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman sebelum dibawa melawat di sekitar MTCC dan NECC.

Baca juga  Antisipasi Terjadinya Tindak Pidana Polsek Pandih Batu Patroli Malam

Hadir sama, Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim, Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengerusi PERKEP KDNKA, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Timbalan Pengarah KDNKA (WCB/PSK) Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis, SAC Mohammad Azlin Sadari dan pegawai kanan PDRM serta PERHILITAN.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin (red)

 

Share :

Baca Juga

BERITA UTAMA

Polisi Bersama BPBD Bantu Evakuasi Korban Banjir di Pasuruan

Artikel

Bidhumas Polda Jatim Gandeng Media Siap Ciptakan Pilkada 2024 Aman dan Damai

BERITA UTAMA

Sampaikan Larangan Karhutla Dan Patuhi Prokes Guna Cegah Covid19 Kepada Masyarakat Kecamatan Kahayan Tengah

BERITA UTAMA

MILAD LSM KALIBER KE 19

BERITA UTAMA

Bambang Rudiyanto Terpilih Ketua BPW PERADIN Jatim Periode Kedua di Muswil III 2026

BERITA UTAMA

Hendak Edarkan Paket Diduga Sabu, Seorang Pria Diringkus Satresnarkoba Polresta Palangka Raya

Artikel

Bhabinkamtibmas Polsek Maliku melaksanakan himbauan Karhutla

Artikel

Polsek Maliku Sambangi Masyarakat dengan Beri Imbauan